Terma & Syarat

Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dan keprihatinan anda terhadap produk dan servis yang kami sediakan. Disini terdapat beberapa terma dan syarat yang ingin kami maklumkan.

Design yang dihasilkan adalah mengikut kehendak pelanggan. Caj tambahan akan dikenakan jika pelanggan ingin membuat pindaan pada design lebih dari dua kali. Proses pindaan akan mengambil masa bergantung kepada amaun kesukaran dan perubahan yang perlu dilakukan. Pelanggan juga diminta membaca semula segala tulisan yang ada pada artwork untuk mengelakkan typo error. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang typo error pada design yang telah disahkan oleh pelanggan untuk proses cetakan.

Warna cetakan mungkin akan sedikit berbeza dari warna pada monitor komputer mahupun telefon bimbit pelanggan. Perbezaan resolusi monitor juga boleh menjadi penyebab kepada perbezaan warna.

Wang deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan ingin membatalkan tempahan.



No comments:

Post a Comment